SEJARAH RINGKAS JABATAN
Majlis Daerah Yan merupakan salah satu
organisasi pentadbiran dan perkhidmatan di
peringkat Daerah yang berperanan
melaksanakan program pembangunan didalam
kawasannya. Jesteru itu, kemajuan sesuatu
kawasan dibawah pengawasan dan kawalan
Majlis Daerah adalah bergantung kepada
keupayaan Majlis itu sendiri. Andainya
Majlis berjaya melaksanakan fungsinya dengan
berkesan maka kawasan Majlis akan berkembang
maju seterusnya kearah pencapaian yang lebih
cemerlang dalam Dasar Pembangunan Nasional.
Majlis Daerah Yan ditubuhkan pada 1 Mac 1979
berikutan penyusunan semula Penguasa –
Penguasa Tempatan selaras dengan kehendak
AKTA 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Tiga Majlis Tempatan yang disatukan menjadi
Majlis Daerah Yan adalah Majlis Tempatan Yan,
Majlis Tempatan Guar Chempedak dan Majlis
Tempatan Simpang Tiga Sungai Limau.
Yang DiPertua Majlis Daerah Yan yang pertama
ialah Encik Mohd. Khir bin Man, BCK., pada
01 Oktober 1977 hingga 30 Jun 1982.
Selaras dengan perkembangan yang sedang
berlaku
dalam kawasan Majlis Daerah Yan,
tanggungjawab dan bebanan semakin bertambah.
Keluasan Pentadbiran Majlis Daerah Yan ialah
246.07 kilometer persegi dengan
kepadatan penduduk seramai 62,519 orang.