|
PERUTUSAN YANG DIPERTUA
Syukur Alhamdulillah dan terlebih dahulu kami di Majlis
Daerah Yan mengalukan-alukan kunjungan anda ke halaman
web Majlis Daerah Yan.
Sehubungan dengan ledakan teknology maklumat ketika
kepimpinan negara mengambil inisiatif untuk
merealisasikan konsep Multimedia Super Coridoor (MSC)
menjelang alaf baru, Majlis Daerah Yan sebagai sebuah
badan kerajaan tempatan mengubah halacara dari bersifat
manual kepada pentadbiran elektronik dan berkomunikasi
melalui komputer.
Melalui halaman ini mudah-mudahan sebahagian maklumat
Majlis Daerah Yan akan dapat diperhebahkan kepada umum
khususnya pengunjung halaman web kami.
Harapan, moga hasrat murni ini akan melahirkan hubungan
yang harmoni sesama kita dan seterusnya berkembang
selari dengan arus pembangunan semasa.
Sekian ,
terima kasih.
Yang Dipertua Majlis Daerah Yan
|